Apa Itu Cinta…..
February 27th, 2009 by dj-hetickJangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada.
Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin.
Hidup kita bukan tiada maknanya.
Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini.
Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang.
Selagi kita bernafas, selagi kita tidak dikuburkan hidup kita mempunyai misi.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya.
Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu… kau akan menyadari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mulai mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.
Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi.
Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.
Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.
Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan.
Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Cinta yang sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang telah dikerjakan namun tidak diketahui.
Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang.
Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri.
Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.
Dalam cinta yg tulus segalanya akan nampak indah dan damai.
Namun ketika cinta itu pergi, ketika perpisahan tiba, sadarilah…bahwa apa yg
paling kita kasihi, akan nampak lebih nyata dari kejauhan, seperti gunung yg nampak lebih agung jika terlihat dari kejauhan.